Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Kategori Pertama

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 01/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 26565

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi hari Isnin mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang melanda perairan Condore dan Samui (Kelantan dan Terengganu) akan berterusan sehingga esok.

Jabatan itu dalam kenyataannya turut berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan itu bermula 4 hingga 6 Disember ini.

Sehubungan itu kawasan Pantai Timur Semenanjung (Kelantan dan Terengganu) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning yang dijangka turun di beberapa daerah di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) selain di Terengganu dan Johor.Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2 Disember ini.Kenyataan itu turut memberi amaran hujan lebat dari satu masa ke satu masa dan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Sementara itu ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Bunguran, Condore dan Reef North dijangka berterusan sehingga malam ini.Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Petikan: BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,707,512

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 113
Hari Ini : 1288
Tahun ini : 326214
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).