Amaran Hujan Lebat Di Dua Daerah Terengganu

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 02/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 29769

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat dijangka berlaku di Marang dan Dungun sehingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Dalam satu kenyataan Selasa, Jabatan Meteorologi hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat dari semasa ke semasa juga dijangka turun di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman di Terengganu dan di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta di daerah Mersing, Johor sehingga esok.

Angin kencang Timur Laut sehingga mencapai kelajuan 40-50km sejam dengan keadaan ombak setinggi 3.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Condore dan Samui (Kelantan dan Terengganu) dari Jumaat sehingga Ahad ini.

Dengan itu, kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sepanjang waktu tersebut.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil dan sukan laut, kata kenyataan itu.

 Petikan: BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,707,514

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 112
Hari Ini : 1290
Tahun ini : 326216
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).