Terengganu Kembali Dilanda Banjir , 241 Penduduk Dipindahkan

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 02/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 27383

KUALA TERENGGANU, 1 Dis (Bernama) -- Berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas, Terengganu dilanda banjir semula dengan 241 penduduk dari tiga buah kampung di daerah Marang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak petang semalam hingga pagi Selasa.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata penduduk yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Kampung Paya Kijing seramai 168 orang, Kampung Seberang Marang (65) dan Kampung Pulau Kerengga (8).

Beliau berkata setakat ini tiga pusat pemindahan telah dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa tersebut dengan kebanyakan mereka mula berpindah mulai pukul 6 petang semalam sehingga pagi ini.

Jurucakap itu berkata setakat ini bilik gerakan banjir MKN masih belum dibuka dan hanya akan berbuat demikian apabila banjir berlaku di lebih daripada satu daerah.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Pengairan (JPS) negeri berkata paras air semua sungai utama di Terengganu masih berada pada tahap biasa.

Banjir musim tengkujuh pertama kali melanda Terengganu awal bulan lalu manakala gelombang kedua yang menyaksikan lebih 10,000 penduduk dari semua daerah di negeri itu terpaksa dipindahkan berlaku sejak 23 Nov lepas, dan hanya berakhir Ahad lalu.

Setakat ini, tiga kematian dicatatkan akibat banjir melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun, Tuan Nor Farah Amira Tuan Harun yang lemas ketika bermain di tepi Sungai Terengganu di Kampung Getang, Telemong, Hulu Terengganu, 7 Nov lalu.

Mangsa kedua melibatkan seorang pelajar berumur 15 tahun dari Kuala Besut, Mohd Syahmi Mohd Yusof yang lemas pada 24 Nov, manakala mangsa ketiga, Muhammad Aifa Afif Mohd Yusof, 13 dari Marang, lemas ketika mandi bersama rakannya pada 25 Nov lalu.


Petikan: BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,707,608

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 126
Hari Ini : 1384
Tahun ini : 326310
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).