Banjir Di Hulu Terengganu Dan Besut Beransur Pulih

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 04/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 28351

KUALA TERENGGANU, 3 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di daerah Hulu Terengganu dan Besut kini beransur pilih, manakala paras air di hampir semua sungai kembali ke paras waspada setakat pukul 8 Khamis malam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negera (MKN) Terengganu berkata di Hulu Terengganu, cuma 70 mangsa lagi masih berada di pusat pemindahan, manakala di Setiu masih ada 58 mangsa.

Beliau berkata sembilan daripada 13 buah pusat pemindahan telah ditutup di Hulu Terengganu dan di Setiu hanya tinggal empat pusat pemindahan dibuka berbanding 10 buah pada pagi ini.

Beliau berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir di Terengganu setakat ini adalah 2,451 berbanding 3,473 orang di sebelah pagi.

Di Dungun, mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 618 orang, Marang (292), Besut (105), Kuala Terengganu (385) dan Kemaman (923).

Beliau berkata paras air sungai di semua sungai utama telah turun kepada paras waspada, kecuali Sungai Nerus di Kampung Langkap melepasi paras bahaya 21.52 meter (bahaya 21.50 meter).

Semua jalan utama boleh dilalui, namun masih banyak jalan kampung dinaiki air dan ditutup kepada semua jenis kenderaan iaitu masing-masing lima di Marang, Hulu Terengganu, dan Kemaman, masing-masing dua di Setiu dan Dungun serta satu di Kuala Terengganu.

Petikan: BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,707,136

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 101
Hari Ini : 912
Tahun ini : 325838
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).