Keadaan Banjir Di Kelantan Tidak Berubah

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 04/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 26421

KOTA BAHARU, 3 Dis (Bernama) -- Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kelantan petang Khamis masih tidak berubah dengan seramai 56 orang mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di tiga jajahan.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata setakat 5 petang ini, mereka yang dipindahkan terdiri 26 orang di Kota Baharu, 16 orang di Pasir Puteh dan 14 orang di Pasir Mas.

"Berbanding pagi tadi jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah, hujan juga masih turun secara sederhana dan kadangkala lebat," katanya kepada Bernama di sini.

Jurucakap itu berkata, hujan secara berterusan hari ini juga menyebabkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini meningkat berbanding pagi tadi iaitu di paras 9.79 meter melepasi paras bahaya 9 meter.

Sungai utama yang lain juga masing-masing kini berada di paras waspada dan kesemuanya menunjukkan peningkatan secara perlahan-lahan.Sehingga petang ini tiada jalan utama DI negeri itu ditutup kepada lalu lintas.

Cuaca di Kelantan petang ini juga masih mendung dengan sesekali hujan lebat di Kota Baharu, Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Pasir Puteh.

Tinjauan Bernama di sekitar Rantau Panjang mendapati kebanyakan penduduk mula membuat persiapan mengemas barang dan dokumen penting bagi menghadapi banjir.

Petikan: BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,707,159

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 103
Hari Ini : 935
Tahun ini : 325861
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).