Mangsa banjir di Pahang berkurangan

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 22105

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan kepada 517 orang yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di dua daerah yang masih terjejas akibat banjir, pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Kuantan seramai 386 orang daripada 83 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

"Sehingga 9 pagi tadi lapan pusat pemindahan yang masih dibuka ialah balairaya Kampung Pahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Sekolah Kebangsaan Pandan, balairaya Kampung Soi, Sekolah menengah Gudang Rasau, Dewan Orang Ramai Sri Damai dan Surau Kampung Sri Melati," katanya.

Katanya mangsa banjir di daerah Bera pula masih kekal 131 orang daripada 30 keluarga dari Kampung Paya Tateh yang ditempatkan di Kompleks Rakan Muda Kerayong.

Petikan- Bernama

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,801,309

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 12
Hari Ini : 392
Tahun ini : 48209
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).