Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 09/12/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 21735
KUANTAN 8 Dis. - Banjir di Pahang pulih sepenuhnya apabila semua pusat penempatan di daerah terlibat iaitu Kuantan dan Bera ditutup hari ini.Cuaca panas sejak kelmarin turut menyumbang kepada keadaan itu sekali gus membolehkan orang ramai kembali menjalankan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang memberitahu, pusat pemindahan terakhir ditutup ialah di Kompleks Rakan Muda Kerayong, Bera yang menempatkan 31 mangsa.
"Pusat pemindahan tersebut ditutup kira-kira pukul 3 petang ini setelah semua mangsa pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, sebelum itu, dua keluarga yang masing-masing ditempatkan di Kampung Paya Pagar dan Estet Kerian di Bera, juga telah pulang ke rumah mereka selepas banjir surut sepenuhnya.
Di daerah Kuantan pula katanya, semua pusat pemindahan telah ditutup secara berperingkat-peringkat bermula petang semalam.
Petikan:Utusan Malaysia