Kelantan dilanda banjir kali keempat

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 21/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 20725


KEADAAN jalan yang mula dipenuhi air selepas
hujan lebat melanda Rantau Panjang, semalam.

KOTA BHARU: Kelantan mula dilanda banjir kali keempat bagi musim tengkujuh tahun ini mulai petang semalam, dengan pemindahan 203 penduduk daripada 63 keluarga sekitar Kuala Krai dan Rantau Panjang.

Serentak itu, Bilik Gerakan Banjir Kelantan kembali dibuka untuk menyelaraskan operasi membantu dan menyelamat semua mangsa banjir di seluruh negeri.

Sehingga jam 6 petang semalam, pemindahan membabitkan 111 penduduk daripada 23 keluarga sekitar Mengkebang, Kuala Krai, dipindahkan ke Sekolah kebangsaan Banggol Guchil dan Pejabat Haiwan Kuala Krai, mulai jam 9 malam kelmarin.

Seramai 92 penduduk daripada 40 keluarga dipindahkan di sekitar Rantau Panjang ke pusat pemindahan, Stesen Keretapi Rantau Panjang mulai jam 4 petang semalam.

Pelepasan air dari Empangan Pergau yang turut mencatatkan peningkatan parasnya dikatakan menyebabkan kawasan rendah sekitar Kuala Krai mengalami banjir.

Sungai Golok di kawasan Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan catatan 10.10 meter pada jam 6 petang semalam, selepas meningkat secara berterusan mulai pagi semalam.

Keadaan itu menyebabkan peniaga sekitar kawasan pekan bebas cukai itu mula mengemaskan barangan jualan masing-masing ke tempat selamat sebagai persediaan awal menutup perniagaan sebaik banjir melanda.

Sungai Kelantan melepasi tahap amaran di lokasi sukatan, Jambatan Guillemard, Tanah Merah dan Tangga Krai, serta menghampiri kedudukan itu di Tambatan Diraja, Kota Bharu. Banjir yang mula melimpahi jalan menyebabkan laluan di Kilometer 11, Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu dekat Kampung Kubang Rambutan ditutup kepada kenderaan ringan mulai jam 4 petang semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Anuar Yahya, berkata banjir kali keempat yang melanda dijangka merebak jika hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi.

Beliau berkata pegawai dan kakitangannya diarahkan memantau bacaan paras sungai dan curahan hujan seluruh negeri bagi menghadapi kemungkinan banjir.

"Banjir di beberapa kawasan disebabkan hujan lebat sejak Khamis lalu, menyebabkan paras sungai menunjukkan peningkatan dan jika hujan berterusan beberapa hari, kita perlu bersiap sedia.

"Diharap penduduk di kawasan rendah dan terdedah banjir berhati-hati dengan perkembangan semasa dan perlu bersiap sedia untuk berpindah jika diarah berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.


SUKATAN banjir di Tambatan Diraja berada di paras waspada


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,688

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 17
Hari Ini : 601
Tahun ini : 310390
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).