Banjir Di Kelantan Babitkan 203 Mangsa

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 21/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 20109

KOTA BAHARU, 20 Dis (Bernama) -- Seramai 203 mangsa banjir kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara membabitkan jajahan Kuala Krai seramai 111 orang dan bakinya di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Jurucakap bilik gerakan banjir jajahan berkata sehingga pukul 7 petang ini, mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai membabitkan 23 lelaki, 30 wanita dan 58 kanak-kanak.

"Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil seramai 62 orang dan di pejabat Haiwan Kuala Krai seramai 49 mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, pada hari Ahad.

Beliau berkata di Pasir Mas, seramai 92 mangsa masih dipindahkan, membabitkan 40 keluarga di satu pusat pemindahan banjir, Stesen Keretapi Rantau Panjang, iaitu 36 lelaki, 26 perempuan dan 30 kanak-kanak.

Setakat ini hanyak Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 10.10 meter melebihi bahaya 9 meter dan air dilaporkan semakin naik berikutan hujan yang masih belum reda.

Tiada jalan utama yang dlaporkan ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Hujan sesekali lebat dilaporkan masih melanda Kelantan terutama di pedalaman.Banjir kali ini merupakan kali yang keempat di Kelantan sejak banjir pertama melanda penghujung bulan lalu.

-- BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,706

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 29
Hari Ini : 619
Tahun ini : 310408
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).