Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur Semenanjung

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 21/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 10227

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi pada hari Ahad mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur), Condore, Layang-Layang dan Reef North yang dijangka berterusan sehingga Khamis, 24 Dis.

Jabatan itu dalam kenyataannya turut berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan berkenaan.

Sehubungan itu kawasan Pantai Timur Semenanjung (Kelantan, Terengganu dan Pahang) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut kategori pertama dengan kelajuan 40-50km sejam, ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Reef South, Bunguran dan Palawan yang dijangka berterusan sehingga 24 Dis ini.

-- BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,745

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 25
Hari Ini : 658
Tahun ini : 310447
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).