Banjir Pulih Di Kuala Krai, Rantau Panjang Ditengelami Air

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 22/12/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 20430

KOTA BAHARU, 21 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Kuala Krai dilaporkan pulih petang ini apabila pusat pemindahan di jajahan itu ditutup tetapi kawasan di sekitar Rantau Panjang ditenggelami air sedalam satu meter selepas air Sungai Golok melimpahi tebing.Bagaimanapun kawasan membeli belah bebas cukai Rantau Panjang tidak terjejas.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, jumlah mangsa banjir meningkat di Rantau Panjang meningkat kepada 440 orang petang ini berbanding seramai 344 orang pagi tadi.

"Keadaan itu menyebabkan dua pusat pemindahan baru dibuka di jajahan Rantau Panjang. Sehingga kini terdapat seramai 440 orang membabitkan 117 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Stesen Keretapi Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi," katanya kepada Bernama Isnin.

Jurucakap itu berkata Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 10.10 meter melebihi paras bahaya 9 meter dan air dilaporkan semakin naik.

"Selain Sungai Golok di Rantau Panjang, kebanyakan sungai lain berada di atas paras normal dengan hanya satu sungai berada di atas paras berjaga-jaga (12m) iaitu Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah yang mencatat 12.87m dengan paras bahaya 16m," katanya.

Beliau berkata, keadaan lalulintas juga tidak berubah dengan hanya satu jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di KM11 Kampung Kubang Rambutan.Sehingga petang ini, taburan hujan dilaporkan sederhana.

Petikan - BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,980

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 8
Hari Ini : 559
Tahun ini : 313682
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).