Gempa 5.0 magnitud landa barat daya China
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 18/10/2010 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 2676
BEIJING: Gempa sederhana berukuran 5.0 magnitud melanda barat daya China, awal pagi tadi berhampiran Wilayah Shchuan yang dilanda gempa kuat pada 2008 lalu.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa melanda kawasan sempadan antara Sichuan, Yunnan dan Guizhou pada jam 5.49 pagi waktu tempatan (21:49 GMT) di kedalaman 13.5 kilometer.
Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan. Pada Mei 2008, gempa kuat 8.0 magnitud melanda Sichuan dengan mengorbankan lebih 87,000 penduduk. - AFP