Dua perkhidmatan tren ke utara dibatal akibat banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 02/11/2010 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 1245

KUALA LUMPUR: Dua perkhidmatan tren penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke utara dibatalkan manakala satu lagi dijadual semula hari ini berikutan kawasan landasan Arau-Tunjang terpaksa ditutup setelah dinaiki air.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren yang dibatalkan ialah Ekspres Antarabangsa Bangkok-Butterworth-Bangkok dan Ekspres Senandung Langkawi Hatyai-Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, penumpang ekspres Senandung Langkawi dari Stesen Bukit Mertajam dan mana-mana stesen selepasnya yang menuju ke Kuala Lumpur boleh menaiki tren Ekspres Senanjung Mutiara yang berlepas pada 11 malam di Stesen Bukit Mertajam.

Perkhidmatan yang dijadual semula pula ialah Ekspres Senandung Langkawi Kuala Lumpur-Hatyai.

Tren itu hanya akan meneruskan perjalanan hingga ke Stesen Butterworth dan penumpang boleh menggunakan pengangkutan alternatif seperti bas dan teksi di Stesen Butterworth untuk meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.

Turut terjejas ialah perkhidmatan tren kargo.

Penumpang terbabit boleh mendapatkan pemulangan penuh wang mereka untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar tarikh perjalanan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan mengenai perkara itu boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM melalui talian 1-300-88-5862 atau mengunjungi stesen KTMB berhampiran.

Keadaan banjir di utara Semenanjung kini bertambah buruk dan hujan yang berterusan sejak semalam mengakibatkan jumlah penduduk yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat.

Setakat tengah hari ini, seramai 9,264 penduduk dipindahkan di Kedah dan lebih 3,000 orang di Perlis kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. - BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,801,154

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 237
Tahun ini : 48054
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).