Mangsa banjir di Kelantan yang dipindah terus meningkat
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 03/11/2010 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1234
KOTA BHARU 3 Nov. – Mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang pada sebelah petang ini sehingga jam 4.00 sedikit bertambah pada seramai 475 orang berikutan limpahan air Sungai Golok.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata, sebuah lagi pusat pemindahan baru dibuka pada pukul 11 pagi ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang yang menempatkan seramai 23 penduduk sekitar Kampung Tok Deh dan Kampung Che Daah.
"Di stesen kereta api lama mangsa yang ditempatkan di situ masih kekal seramai 410 orang yang terdiri daripada penduduk Kampung Kedai Lama, Kedap dan Kampung Dangar, manakala 42 penduduk lagi dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi yang terdiri daripada penduduk Kampung Banggol Kulim dan Bandang Guchil,” katanya di sini hari ini.
Pada sebelah pagi, terdapat seramai 452 mangsa banjir yang dipindahkan di stesen keretapi lama dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi itu.
Beliau berkata, paras air Sungai Golok di situ pada bacaan pukul 4 petang surut sedikit iaitu 10.12 meter, tetapi masih melebihi paras bahaya 9 meter.
– Sumber Bernama