Lebih 5,000 orang mangsa masih di pusat pemindahan

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/11/2010 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 3057

ALOR SETAR 11 Nov. - Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa di pusat pemindahan terus berkurangan mulai petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi memberitahu, jumlah keseluruhan mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 5 petang ini berkurangan kepada 5,103 orang berbanding 11,495 orang semalam.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan adalah 3,342 orang daripada 816 keluarga dan di Kubang Pasu pula seramai 1,761 orang daripada 517 keluarga.

Jurucakap itu berkata, sebanyak 16 pusat pemindahan masih dibuka, lapan daripadanya di Kota Setar dan lapan lagi di Kubang Pasu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kegiatan perniagaan di premis-premis yang dilanda banjir di sekitar daerah Kota Setar mula beroperasi hari ini biarpun banyak perabot rosak akibat ditenggelami air.

Sementara itu di KANGAR, hanya satu pusat pemindahan mangsa banjir yang masih beroperasi di negeri ini iaitu di Masjid Al-Mustaqim, Seriab yang menempatkan 29 mangsa daripada tujuh keluarga.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 5 petang ini, kesemua mangsa masih berada di pusat pemindahan berkenaan berikutan rumah masing-masing digenangi air dan kini dalam proses pembersihan.

Beliau berkata, sepanjang kejadian banjir yang bermula 1 November lalu sebanyak 57 pusat pemindahan mangsa banjir telah dibuka oleh JKM bagi menempatkan seramai 15,159 mangsa daripada 2,894 keluarga.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cawangan Seriab, Ahmad Ismail, 51, berkata, mangsa banjir di pusat pemindahan itu terdiri daripada penduduk Kampung Batu Hampar, Taman Pertiwi dan sekitar Seriab.

"Segelintir mangsa kini sibuk membersihkan rumah dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan dan dijangka pulang ke rumah masing-masing selewat-lewatnya esok," katanya.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,124

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 13
Hari Ini : 703
Tahun ini : 313826
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).