RHB hulur sumbangan RM80,000

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/11/2010 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 1319

KUALA LUMPUR 11 Nov. - RHB Bank hari ini menghulurkan sumbangan bernilai RM80,000 kepada Dana Bantuan Mangsa Banjir yang dilancarkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA).

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Tajuddin Atan kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Menurut Tajuddin, RHB Bank sentiasa peka dengan mangsa bencana alam dan pernah menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia sebelum ini.

"Sumbangan ini adalah melalui dana RHB Islamic Charity Funds yang bertujuan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

"Kami bersimpati dengan mangsa banjir di utara apatah lagi seramai 15 kakitangan kami turut menjadi mangsa," katanya.

Kedah dan Perlis dilanda banjir terburuk dalam sejarah negeri itu sejak 1 November lalu apabila lebih 50,000 orang penduduk dipindahkan dengan tujuh menjadi korban di Kedah selain kemusnahan teruk kawasan sawah padi.

Sehingga kini, sejumlah 5,103 orang di Kedah masih berada di 16 buah pusat pemindahan banjir dengan daerah Kota Setar masih ditenggelami banjir.

Keadaan di Perlis dilaporkan hampir pulih apabila hanya satu pusat pemindahan yang menempatkan 29 mangsa masih dibuka.

Sementara itu, Mohd. Nasir berkata, mereka mengharapkan lebih banyak pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di utara.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,119

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 12
Hari Ini : 698
Tahun ini : 313821
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).