Pelajar mangsa banjir terima RM2.4j

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 04/04/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 2304

ALOR SETAR 3 April – Lebih 10,300 pelajar negeri ini yang menjadi mangsa banjir November lalu menerima sumbangan wang ihsan berjumlah RM2.4j daripada kerajaan Pusat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setiap pelajar terlibat menerima RM200 sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap mereka yang terjejas akibat bencana alam itu.

Katanya, menjadi komitmen kerajaan untuk memastikan setiap rakyat yang ditimpa musibah seperti banjir menerima pembelaan sewajarnya seperti yang dijanjikan.

“Kementerian juga membelanjakan sejumlah RM4 juta bagi membaik pulih peralatan serta kemudahan sekolah yang rosak akibat bencana alam itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-35 Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Puad berkata, beliau yakin kesemua 363 pelajar yang mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan menerima biasiswa kerajaan.

Katanya, selain biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, kerajaan turut mempunyai sumber lain untuk mempertimbangkan pemberian biasiswa termasuk menerusi Bank Negara Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat.

“Saya yakin seperti yang dilakukan pada tahun lalu, pelajar cemerlang akan diberi biasiswa sekurang-kurangnya menerusi biasiswa 1Malaysia,” katanya.

(Petikan Utusan Malaysia Online 04/04/2011)


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,705,858

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 70
Hari Ini : 5036
Tahun ini : 324560
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).