Kesemua mangsa banjir di Hulu Terengganu pulang

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 11/04/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 2677

KUALA TERENGGANU 11 April – Banjir di daerah Hulu Terengganu kini pulih sepenuhnya dengan semua mangsa banjir yang dipindahkan semalam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu ketika dihubungi berkata, 255 mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan semalam sudah dibenarkan pulang awal pagi tadi.

Hujan lebat sejak awal pagi semalam menyebabkan beberapa kampung di daerah itu ditenggelami air, antaranya Kampung Pelandang, Kampung Cheting dan Kampung Beris.

Sementara itu, jalan yang ditutup kerana ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga 1.3 meter petang semalam sudah dibuka kepada semua jenis kenderaan pagi ini.

Jalan-jalan berkenaan ialah jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang di Kampung Perih, jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang berhampiran Kampung Lubuk Periuk dan Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berhampiran Kampung Kuala Ping.

– Petikan Bernama

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,771

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 31
Hari Ini : 684
Tahun ini : 310473
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).