Tenggara Sepanyol dilanda gempa bumi

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 13/05/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 2387

Gempa bumi melanda bandar tua di tenggara Sepanyol kelmarin menyebabkan sekurang-kurang 10 terbunuh manakala, rumah runtuh, gereja bersejarah dan bangunan awam turut rosak.

Kira-kira 10 orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di pekan yang dilanda gempa paling teruk sejak lima dekad lalu, kata kerajaan wilayah Murcia dalam satu kenyataan.

Seramai 167 lagi cedera termasuk tiga yang parah di hospital, lapor pegawai kesihatan.

Gempa bumi melanda pada jam 6.47 petang waktu tempatan mengikut data Institut Geografi Nasional Sepanyol. Kajian Geologi Amerika berkata (USGS) pusat gempa hanya satu kilometer di bawah tanah. Gempa bumi yang lebih sederhana melanda pekan itu, berukuran 4.5 magnitud dua jam sebelum gempa bumi besar berukuran 5.2 itu turut dirasai sehingga ke Madrid.

Menara gereja jatuh dan hancur berkecai, nyaris terkena seorang wartawan yang membuat temu ramah untuk stesen televisyen Sepanyol TVE. Loceng tembaga gereja itu turut tertimbus dalam runtuhan.

Kira-kira 10,000 orang diarahkan mengosongkan pusat bandar yang musnah itu.
Laporan menyebut gempa bumi menyebabkan gegaran di kawasan pelancongan popular di wilayah Murcia dan turut merosakkan pusat penjagaan kesihatan serta menara gereja di pekan Lorca yang bergantung kepada pertanian.

“Penduduk takut dan bimbang untuk pulang ke rumah masing-masing. Keseluruhan pusat Lorca rosak teruk,” kata delegasi dari kerajaan pusat di Murcia memberitahu radio kebangsaan.

Imej bergegar dalam siaran televisyen menunjukkan keluarga dan kanak-kanak berkumpul di dataran di pekan bagi menyelamatkan diri daripada runtuhan bangunan, serpihan runtuhan dan kereta remuk memenuhi jalan.

“Kami hanya duduk dan tiba-tiba semua benda mula bergerak, gambar jatuh dari dinding, televisyen jatuh dan gegaran berlaku lama. Apabila saya melihat keluar tingkap, orang ramai berlari, ambulans dan polis juga berada di situ,” kata seorang wanita memberitahu radio.

Gempa bumi teruk melanda Sepanyol pada 1997 yang menyebabkan seorang maut, menurut USGS.

Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero mengarahkan unit kecemasan tentera ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai bencana itu semasa beliau sedang bermesyuarat dengan Raja Juan Carlos, kata pejabat Perdana Menteri.

Petikan– AFP/Reuters

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,720

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 35
Hari Ini : 633
Tahun ini : 310422
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).