Gempa 6.6 magnitud landa Utara Sumatera
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 06/09/2011 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 6805
JAKARTA: Gempa berkekuatan 6.6 magnitud melanda bahagian utara Sumatera awal pagi ini dengan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut setakat ini.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa melanda jam 12:55 pagi waktu tempatan di kedalaman 110 kilometer (km) dengan pusat gegaran kira-kira 400km di barat daya Banda Aceh.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula melaporkan gempa itu terlalu jauh di daratan bagi memungkinkan risiko tsunami.
Akhbar Jakarta Post memetik Datuk Bandar Subulussalam sebagai berkata, budak lelaki berusia 12 tahun maut di bandar itu apabila sebuah bangunan runtuh.
Laporan akhbar tempatan juga melaporkan gegaran itu dapat dirasai oleh penduduk di bandar sekitar Aceh dan Medan kira-kira 30 saat menyebabkan keadaan panik. - AFP
Petikan Berita Harian Online 06/09/2011