Mangsa banjir di Perlis meningkat 300 orang

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/09/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7254

KANGAR: Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 300 orang daripada lebih 90 keluarga berbanding 100 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.

Sementara itu, dua sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Nishad Mohamed, berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam.

Beliau berkata masalah banjir di Perlis yang kerap berlaku boleh dikawal jika infrastruktur empangan Timah Tasoh ditingkatkan selain mewujudkan lencongan Barat dan Timur bagi mengalirkan air ke laut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula dijadualkan meninjau kawasan yang dilandar banjir hari ini serta bertemu mangsa-mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan. - BERNAMA

(Petikan Berita harian Online 12/09/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,970

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 5
Hari Ini : 181
Tahun ini : 117672
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).