Bah di Kelantan semakin pulih

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/01/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 4208

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin pulih apabila semua pusat pemindahan di daerah ini sudah ditutup manakala jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan kini berjumlah 2,694 orang berbanding 3,190, pagi semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, hanya 11 pusat pemindahan yang masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Bagaimanapun, 21 sekolah di Rantau Panjang, Tumpat dan Gua Musang masih ditutup berikutan ditenggelami air.
Sekolah yang masih ditutup sejak sesi pembelajaran bermula Isniin lalu iaitu 15 sekolah di Rantau Panjang, Tumpat (empat) dan dua di Gua Musang dengan jumlah yang terjejas banjir adalah seramai 10,500 pelajar.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata sekolah yang masih ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang (1,820); SMK Tiang Chandi Rantau Panjang (973); SK Rantau Panjang (604); SK Sri Rantau Panjang 1 (634); SK Sri Rantau Panjang 2 (290); SK Lubok Setol Rantau Panjang (407); SK Bakong Rantau Panjang (347); Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Fallah Rantau Panjang (180).

“Selain itu, SABK Diniah Rantau Panjang (38); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon Rantau Panjang (385) Sk Gual Tinggi Rantau Panjang (775): SK Rahmat Rantau Panjang (172); SK Kampung Baru (333); SK Gelang Mas Pasir Mas 474); SMK Meranti Rantau Panjang (1,021),” katanya di sini, semalam.

Hussain berkata, sekolah yang masih ditutup di Tumpat ialah SK Simpangan (330); SK Telok Jering (436); SABK Nurul Huda (140) dan SK Padang Mandol (348), manakala di Gua Musang, SK Bihai (230) dan SK Balar (306).
Beliau berkata, keadaan di kawasan Rantau Panjang bagaimanapun semakin pulih dan beberapa sekolah dijangka dibuka hari ini, jika paras air Sungai Golok menurun daripada paras bahaya kepada amaran.

Sementara itu tinjauan ke SK Simpangan dekat sini, mendapati laluan ke sekolah itu ditenggelami banjir antara dua hingga 2.5 meter apabila air Sungai Golok di Rantau Panjang melimpah ke Sungai Mentuan dekat sini, sejak dua hari lalu.

Wakil Berita Harian terpaksa menggunakan khidmat perahu yang disewa daripada penduduk tempatan bagi meninjau keadaan sekolah itu sebelum mendapati empat blok bangunan sekolah berkenaan dinaiki air sedalam 2.5 meter.

(Petikan akhbar Berita Harian 11/01/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,707,596

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 128
Hari Ini : 1372
Tahun ini : 326298
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).