40,140 mangsa banjir di empat negeri berpindah

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 01/02/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 3497

KUALA LUMPUR – Seramai 40,140 mangsa banjir dari empat buah negeri dipindahkan sejak kelmarin.

Johor mempunyai mangsa banjir paling ramai dipindahan selain Melaka, Negeri embilan dan Pahang.Di Johor, seramai 39,304 mangsa membabitkan 8,879 keluarga dipindahkan ke 241 pusat penempatan banjir berikutan banjir besar yang melanda negeri itu semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Johor memberitahu, daerah Segamat paling terjejas apabila 12,064 mangsa dipindahkan dan difahamkan, semua laluan masuk ke Segamat ditutup ekoran banjir melanda bandar tersebut.

Di Kluang, katanya, seramai 11,273 mangsa dipindahkan dan 50 pusat pemindahan sementara dibuka termasuklah di Kluang Baru, Kampung Gajah, Seri Lalang, Paloh, Kahang, Layang-Layang dan Simpang Renggam.

“Di Johor Bahru, pemindahan mangsa membabitkan 7,557 orang daripada 1,959 keluarga dari Kampung Bentara, Kampung Oren, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Pasir dan Kampung Paya Kenangan.

Sementara itu, di Jempol, Negeri Sembilan pula kira-kira 100 penduduk meninggalkan kediaman mereka selepas dinaiki air dalam kejadian banjir petang semalam.

 

(Petikan dari Berita Harian, 1 Februari 2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,130

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 15
Hari Ini : 709
Tahun ini : 313832
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).