Mangsa banjir terima sumbangan RM50,000

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/02/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 4357

Bantuan Parlimen Pontian kurang beban 151 keluarga

PONTIAN: Parlimen Pontian menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada mangsa banjir yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir kerana bersimpati dengan kesukaran dialami mereka akibat dilanda bencana itu.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan, berkata sumbangan berkenaan membabitkan 606 mangsa daripada 151 keluarga di pusat pemindahan banjir termasuk di Kampung Parit Ramunia, Permatang Sepam, Permatang Duku, Parit Wahab, Parit Jabir, Parit Serom, Lubuk Sipat, Tampok Laut, Parit Mansor dan Parit Seraya.

Katanya, sumbangan yang diberikan itu bukan saja bertujuan meringankan beban yang dialami mangsa banjir, malah ia boleh memberikan sokongan moral untuk mereka menghadapi waktu kesukaran ketika banjir.

“Program ini tanda keprihatinan kita dan mampu meringankan beban perbelanjaan harian mereka terutama golongan kurang bernasib baik yang kita sedia maklum memang memerlukan kelengkapan untuk meneruskan hidup pada waktu kritikal seperti banjir ini.

“Sumbangan diberikan ini diharap mampu membawa keceriaan terutama kepada warga tua dan kanak-kanak yang tentu saja kurang selesa ketika berada di pusat pemindahan sementara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, mangsa banjir, Normah Suradi, 60, berkata sumbangan yang diberikan itu jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan membantu mangsa banjir bagi memastikan mereka tidak berasa dipinggirkan.
“Saya bersyukur dengan sumbangan ini dan berharap banjir kali ini tidak berulang seperti banjir besar pada 2006 yang melumpuhkan semua pergerakan sedia ada,” katanya.

(Petikan Berita Harian Online 07/02/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,801,175

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 8
Hari Ini : 258
Tahun ini : 48075
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).