Banjir Johor tak banyak berubah

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/02/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 4528

28,177 penduduk masih berada di pusat pemindahan

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor tidak banyak berubah apabila 28,177 penduduk daripada 6,808 keluarga, masih berlindung di 106 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri.
Sehingga tengah hari semalam, hanya 590 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selepas cuaca cerah sepanjang hari membantu mempercepatkan banjir surut dengan 244 pusat pemindahan banjir termasuk di daerah Mersing, Kluang, Pontian dan Kota Tinggi ditutup semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Kerajaan Johor ketika dihubungi semalam, berkata ketika ini pusat pemindahan yang masih beroperasi membabitkan 21 di Ledang; Muar (28); Batu Pahat (39) dan Segamat (18).

Beliau berkata, ketika ini Muar mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 10,536 orang daripada 2,621 keluarga; Batu Pahat dengan 8,832 mangsa daripada 1,973 keluarga, manakala Ledang mempunyai 7,137 mangsa daripada 1,801 keluarga.

Di MELAKA, keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila beberapa pusat pemindahan sudah ditutup, manakala jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan kini berjumlah 254 orang sehingga jam 6 petang semalam, berbanding 407 orang petang kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Melaka ketika dihubungi berkata, hanya dua pusat pemindahan masih dibuka membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dekat sini.
Beliau berkata, 224 mangsa daripada 47 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, manakala 30 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di SK Seri Mendapat.

Sementara itu, di SEREMBAN, semua 25 pusat pemindahan banjir di empat daerah di negeri ini sudah ditutup sejak beberapa hari lalu, dengan yang terakhir ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman di Gemas, dekat sini, kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Rosmawati Shaari, berkata semua 2,393 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat terbabit sejak hujung bulan lalu sudah pulang ke rumah masing-masing.

“Banjir mula surut berikutan cuaca panas sejak beberapa hari lalu dan semua kawasan dinaiki air kini kembali seperti sedia kala.

“Mangsa yang mendapat perlindungan di pusat pemindahan juga sudah pulang ke rumah dan semalam (kelmarin) kita menutup pusat pemindahan terakhir di SMK Tuanku Abdul Rahman pada jam 3 petang,” katanya kepada di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini memberi tumpuan membekalkan bantuan makanan kering termasuk beras, tepung dan gula kepada mangsa banjir bagi stok antara lima hingga enam hari untuk meringankan beban mereka.

(Petikan Berita Harian Online 07/02/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,828

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 27
Hari Ini : 741
Tahun ini : 310531
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).