Hujan di Pahang, Johor dan Sabah memungkinkan banjir
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/03/2011 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 2975
KUALA LUMPUR 10 Mac – Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga hingga esok bagi Rompin di Pahang serta Kota Tinggi dan Mersing di Johor.
Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana pula diramalkan di bahagian Kudat dan Sandakan di Sabah; Kuantan dan Pekan di Pahang; serta Johor Bahru, Kulaijaya, Pontian, Ledang, Segamat, Kluang, Muar dan Batu Pahat di Johor.
Keadaan hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat serta sederhana ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan yang berdekatan dengan tebing sungai, menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini. – Bernama
(Petikan akhbar Utusan Malaysia Online 11/03/2011)