Banjir paling teruk Thailand

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/10/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7423

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 224 maut dalam banjir terburuk Thailand sejak lima dekad lalu tahun ini sejak air naik pertengahan Julai lalu hingga menenggelami kuil Chai Wattanaram berusia 400 tahun di bandar raya purba Ayutthaya, Tapak Warisan Dunia, kata pegawai semalam.

Kuil berkenaan terletak di tebing sungai Chao Phraya, yang mengalir ke Bangkok, kira-kira 105 kilometer ke selatan.

“Paras air kini mencecah 1.5 meter dan 150 anggota tentera ditempatkan di kawasan itu untuk memperbaiki tambak,” kata gabenor Ayutthaya, Wittaya Pewpong.
Katanya, lebih 200 daripada 500 kuil purba di wilayah berkenaan terjejas akibat banjir. Thailand dilanda banjir besar yang disebabkan ribut tropika diikuti musim hujan, yang selalunya berlaku sejak Ogos hingga Oktober.

Selain angka kematian itu, dua juta penduduk juga terjejas, menurut laporan.
Menteri Pertanian, Sukumol Kunplome, jumlah kerosakan di kawasan bersejarah di negara itu sekurang-kurangnya bernilai AS$3.2 juta (RM9.92 juta).

Banjir turut menjejaskan Bangkok yang cuma terletak dua meter daripada aras laut. Air Sungai Chao Phraya melimpah ke jalan raya di sesetengah kawasan, walaupun pihak berkuasa mengukuhkan semula tebingnya untuk mengelakkan banjir lebih serius.
Beberapa perkhidmatan kereta api ke utara terpaksa dihentikan kerana banjir, kata Jabatan Pencegahan dan Mengurangkan Bencana.

Hampir 1.2 juta hektar ladang ditenggelami air dan Jabatan Kaji Cuaca memberi amaran hujan lebat terus turun di banyak bahagian negara itu untuk beberapa hari akan datang.

Kerajaan meluluskan sekurang-kurangnya 8 bilion baht (RM793.6 juta) dalam bentuk ganti rugi kepada peladang dan penduduk lain yang terjejas akibat banjir.

Di negara jiran, Kemboja, 164 maut dalam banjir sejak 13 Ogos lalu. Timbalan Pengarah Penerangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Kemboja, Keo Vy, berkata lebih 215,000 keluarga kehilangan tempat tinggal manakala jalan raya, jambatan dan benteng musnah.

“Penduduk terjejas berdepan cabaran kekurangan makanan. Lebih 300,000 hektar ladang juga ditenggelami air,” katanya. – Reuters

(Petikan Berita Harian Online 05/10/11)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,126

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 9
Hari Ini : 337
Tahun ini : 117828
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).