Pasang sistem ramalan banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 03/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7500

MELAKA 2 Nov. - Lebih banyak sistem ramalan banjir akan dipasang di seluruh negara sebagai persiapan menghadapi ancaman banjir pada musim tengkujuh setiap tahun.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, sistem yang menggunakan kaedah Ramalan Banjir Berasaskan Hujan Atmosfera itu dibangunkan di Lembangan Sungai Sarawak dan Sungai Padas, Sabah bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, sebelum ini, sistem sedia ada sudah dipasang di tiga lokasi berasingan iaitu di Lembangan Sungai Pahang, Sungai Kelantan dan Sungai Johor.

"Sistem ini bertujuan memberi ramalan banjir untuk tempoh setiap enam jam yang membolehkan pihak berkuasa dan orang ramai membuat persediaan bagi menghadapi banjir," katanya pada sidang akhbar Seminar Amalan Pengurusan Terbaik Dalam Pengurusan Sumber Air Bersepadu Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Malaysia di sini, hari ini.

Seminar dua hari yang bermula hari ini disertai oleh kira-kira 200 peserta terdiri daripada pegawai kementerian dan agensi terlibat dalam pengurusan sumber air.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman.

Katanya, sistem ramalan banjir yang menggunakan kaedah itu adalah yang pertama dibangunkan di kawasan tropika seperti Malaysia, khususnya untuk menilai ketepatan ramalan banjir pada musim tengkujuh.

Pada masa sama, ujarnya, kementerian turut memperkenalkan laman web Public Infobanjir bagi memberi maklumat awal kepada orang ramai mengenai amaran banjir yang disalurkan secara automatik menerusi stesen hidrologi seluruh negara selama 24 jam.

"Pada laman web ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terkini ancaman banjir melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi tertentu terutama kawasan yang paling berisiko dilanda banjir," katanya.

Selain itu, menurut Kurup, bagi menangani banjir kilat dan pencemaran sungai, pihaknya turut menaik taraf Manual Saliran Mesra Alam yang mula diperkenalkan tahun 2001 lalu bagi mencapai matlamat memastikan sumber air negara bersih tahun 2020 nanti.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 03/11/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,012

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 19
Hari Ini : 687
Tahun ini : 312714
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).