JPAM Kelantan tempatkan 1,000 anggota di kawasan mudah dilanda banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 03/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6895

KOTA BHARU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan akan menempatkan 1,000 anggotanya di lokasi yang mudah dilanda bah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir besar tahun ini.

Pengarahnya, Kamaruddin Hussin, berkata antara kawasan terbabit ialah Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

"Kita sediakan 26 buah kenderaan pelbagai jenis bagi memindahkan mangsa yang terbabit dengan banjir," katanya kepada pemberita selepas taklimat persiapan akhir kepada anggota JPAM Kelantan, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, JPAM Kelantan juga mempunyai 22 bot penyelamat yang sedia dihantar keluar jika banjir berlaku.

Di samping itu, JPAM Kelantan mempunyai 27,000 anggota sukarela yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa, bagi membantu menangani bencana di Kelantan daripada segi keselamatan dan kesihatan.

Beliau berkata, anggota terbabit terlatih dan mampu menjalankan tugas dengan baik dan berkesan dalam membantu pasukan keselamatan lain menghadapi sebarang bencana

(Petikan Berita Harian Online - 03/11/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,175

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 9
Hari Ini : 386
Tahun ini : 117877
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).