Pahang buat persiapan rapi hadapi tengkujuh

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7170

TEMERLOH 10 Nov. - Kerajaan Negeri Pahang melakukan persiapan rapi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri ini yang dijangka berlaku pada Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Teknologi, Sains dan Inovasi, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, semua jentera dan agensi kerajaan telah diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir di daerah tertentu.

Katanya, bekalan makanan termasuk persiapan logistik, jentera penyelamat dan pusat pemindahan sementara telah disiapkan bagi membolehkan mangsa terbabit diberi bantuan segera sebaik sahaja bencana itu berlaku.

"Selain itu, para petugas seperti tentera, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah bersedia menghulurkan bantuan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program korban di Kampung Cempaka Lanchang di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau memberitahu, beberapa lokasi jalan terputus semasa musim tersebut dikenal pasti seperti Bera, Temerloh, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut.

Tambahnya, pihaknya akan mengawasi daerah Bentong, Jerantut, Cameron Highlands dan Temerloh yang dikenal pasti berisiko berlakunya tanah runtuh.

Sementara itu, di kawasannya iaitu di Lanchang, Mohd. Sharkar berkata, beberapa kampung di sini paling mudah dinaiki air kerana kawasan rendah dan berhampiran dengan Sungai Semantan.

Justeru, beliau menasihati penduduk di sini supaya mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah jika diminta berbuat demikian.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 11/11/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,184

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 15
Hari Ini : 395
Tahun ini : 117886
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).