Perubahan iklim sebabkan cuaca melampau di Asia Tenggara
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/11/2011 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 7194
HANOI 11 Nov. – Perubahan iklim mampu membawa banjir dan cuaca yang melampau ke Asia Tenggara, kata jurucakap Bank Dunia semalam ketika mengadakan lawatan ke Hanoi di mana beratus-ratus orang terkorban dalam kejadian banjir teruk.
“Apa yang kami jangka adalah kejadian banjir, hujan lebat, cuaca ekstrem serta suhu akan meningkat disebabkan oleh perubahan iklim,” kata Andrew Steer, wakil khas untuk Perubahan Iklim Bank Dunia.
Banjir di Thailand membunuh seramai 533 orang dan menyebabkan rumah serta kehidupan berjuta-juta penduduk terjejas.
Di Kemboja pula, banjir buruk melanda sejak 2000 yang membunuh sekurang-kurangnya 247 orang dan lebih 100 orang mati di Vietnam, kebanyakannya di selatan delta Mekong
(Petikan Utusan Malaysia Online - 11/11/2011)