RELA sedia hadapi banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 14/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 5122

KOTA BHARU: Seramai 16,500 daripada kira-kira tiga juta anggota RELA sudah bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang akan melanda beberapa negeri akhir tahun ini.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata daripada jumlah itu, dijangka 500 platun boleh dibentuk dengan kumpulan berkenaan mula digerakkan apabila keadaan memerlukan.

“Saya memberi jaminan anggota RELA kini sudah membuat persiapan menghadapi banjir pada musim tengkujuh nanti dan mengenal pasti 16,500 anggota akan bertugas membantu mangsa banjir.

“Kumpulan berkenaan akan bersiap sedia di 156 daerah yang dijangka berdepan banjir besar dan mereka akan ditugaskan bersama agensi keselamatan lain ketika kerja membantu mangsa nanti,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Penugasan Pemantauan Stesen Minyak Sempadan Negara di sebuah stesen minyak, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Ismail Sabri, berkata Kerajaan menempatkan 290 anggota RELA di 45 stesen minyak di kawasan sempadan negara dalam usaha mengekang penyeludupan diesel dan petrol RON95 ke Thailand.

Beliau berkata, 45 stesen itu membabitkan tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Perak selepas Kelantan menjadi perintis.
Katanya, projek perintis di Kelantan sejak Jun lalu, berjaya mengekang kegiatan penyeludupan diesel dan petrol RON95 apabila ada stesen minyak mencatat jualan menurun sehingga 800,000 liter dengan masing-masing 400,000 liter diesel dan petrol RON95.

“Projek printis di Kelantan membabitkan 28 stesen minyak di kawasan sempadan dengan lima di Rantau Panjang; Pasir Mas (4); Jeli (3); Kota Bharu (2); Tumpat (9) dan lima di Tanah Merah, membabitkan 22 anggota RELA.

“Bermula 1 November lalu, projek itu dikembangkan ke Perlis membabitkan empat stesen minyak dengan menempatkan 16 anggota RELA; Kedah (11 stesen membabitkan 44 anggota) dan Perak (dua stesen dan lapan anggota). Kerajaan juga merancang mengembangkan projek ini ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sebelum penempatan anggota RELA, tiada kawalan dilakukan terhadap kenderaan asing terutama dari Thailand mengisi minyak sehingga berlaku penyeludupan terhadap bahan api ini.

“KPDNKK menubuhkan unit khas, Skuad Tindakan Aduan RELA (STAR) yang akan mencatat secara terperinci kenderaan terbabit kegiatan penyeludupan, sebelum dihantar nombor kenderaan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut,” katanya

(Petikan Berita Harian Online - 14/11/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,006

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 19
Hari Ini : 681
Tahun ini : 312708
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).