Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 15/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 8644

KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pekan sedang giat dilaksanakan di sekeliling bandar Pekan dengan kos RM63 juta bagi mengurangkan risiko banjir, terutama bagi menghadapi musim tengkujuh.

Projek itu yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dibahagikan kepada tiga pakej dan dijangka siap sepenuhnya September tahun depan.

Pengarah JPS Negeri, Datuk Zulkifli Hassan, berkata kerja dilakukan termasuk membina ban penahan banjir dan menaik taraf parit serta sungai sekitar bandar Pekan.

"Pelaksanaan projek tebatan ini mengambil kira kajian dilakukan bagi memastikan kejadian banjir besar yang menenggelami bandar Pekan empat tahun lalu, tidak berulang pada masa depan.

"Fasa pertama projek itu siap Jun lalu, manakala fasa kedua hanya bermula Oktober lalu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak merancang meletupkan beting pasir di muara Sungai Pahang seperti dilakukan empat tahun lalu.

"Mungkin pada waktu itu, idea difikirkan terbaik ialah meletupkan beting pasir pada muara sungai bagi melancarkan pengaliran air sungai ke laut.
"Kajian dijalankan mendapati kaedah berkenaan tidak sesuai kerana ia tidak membantu pengaliran keluar air sungai ke laut, sebaliknya beting pasir diletupkan terbentuk semula dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Katanya, sebagai langkah jangka panjang, pihaknya sedang melaksanakan pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Pahang di Tanjung Agas.

Projek bernilai RM258 juta itu bermula pada 2007 dan baru 15 peratus siap dengan pembinaan benteng sepanjang 500 meter.

“Projek keseluruhan benteng itu sepanjang tiga kilometer yang akan bertindak sebagai pemecah ombak serta dapat menghalang pembentukan beting pasir, sekali gus memudahkan pengaliran air Sungai Pahang keluar ke laut,” katanya.

Jabatan Meteorologi meramalkan taburan hujan di kawasan Pantai Timur dijangka meningkat pada Disember hingga Januari tahun depan

(Petikan Berita Harian Online - 15/11/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,340

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 22
Hari Ini : 253
Tahun ini : 310042
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).