Persiapan dibuat pastikan calon SPM tidak terjejas

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 15/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7366

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kementerian Pelajaran telah membuat persiapan termasuk mengambil kira kemungkinan berlaku banjir di sekolah tertentu bagi memastikan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, tidak terjejas.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah tertentu di kawasan dan di negeri yang biasa dilanda banjir telah dikenal pasti dan penempatan akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air.

"Kita telah buat persiapan, kita harap tidak akan berlaku tetapi jika ada macam tahun-tahun lepas, sekolah yang tertentu telah dikenal pasti di seluruh negara di kawasan, di negeri-negeri yang biasa dilanda banjir.

”...dan penempatan di sekolah-sekolah tertentu akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air. Ini akan ditetapkan oleh pihak pengetua atau guru besar sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau seramai 164 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) di sini yang sedang menduduki Kertas Bahasa Inggeris 1 bagi peperiksaan SPM 2011 yang bermula semalam.

Seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM yang bermula semalam hingga 14 Disember ini di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara.

(Petikan Utusan Malaysia Online -15/11/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,371

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 582
Tahun ini : 118073
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).