Paras air tinggi di barat, timur Bangkok

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 16/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7217

BANGKOK: Pusat bandar Thailand, Bangkok, mungkin terlepas daripada dinaiki air, meskipun arahan berpindah terus dikeluarkan di kawasan pinggir ibu kota dan ramai penduduknya menghadapi ujian getir meneruskan kehidupan harian.

Air semakin turun di beberapa bahagian di Bangkok, tetapi parasnya terus tinggi di sebelah barat tebing Sungai Chao Phraya dan di timur.

Jabatan Menghalang Bencana dan Pengairan berkata, 562 orang terbunuh dalam banjir tahun ini sejak Julai lalu dan 22 daripada 77 wilayah Thailand masih terjejas.
Peniaga makanan semakin ramai kembali berniaga. Operasi pembersihan juga bermula, termasuk membuang air dari kedai dan membersihkan sampah yang terapung sejak beberapa minggu lalu.

Pihak berkuasa menganggarkan 16,000 penduduk berlindung di 163 pusat pemindahan mangsa banjir di Bangkok.

Selain itu, kebanyakan tenaga kerja kembali bertugas semalam, sementara sebuah taman yang menempatkan gajah bagi pelancong mula membawa pelawat ke ibu kota purba negara itu, Ayutthaya.

Pihak berkuasa membuka semula taman gajah utama di Ayutthaya untuk menunjukkan kepada pelancong bahawa negara itu kembali normal berikutan banjir bersejarah yang menyebabkan lebih 550 mati seluruh negara.
Malah, perdana menteri berkata, sesetengah tempat di Bangkok mungkin terus banjir sehingga cuti Tahun Baru, walaupun air semakin surut.

Taman Istana Gajah Ayutthaya menawarkan tunggangan gajah kepada pelancong di kawasan kuli purba yang diiktiraf Warisan Dunia UNESCO kira-kira 80 kilometer utara Bangkok.

Pakar bimbang sekurang-kurang separuh daripada 200 biara yang digenangi air, kubu dan monumen lain di ibu kota diraja pada satu masa dulu, sudah dimusnahkan banjir paling teruk di Thailand dalam tempoh setengah kurun. – AP/Reuters
(Petikan Berita Harian Online -16/11/2011)
 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,302

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 513
Tahun ini : 118004
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).