31,000 sukarelawan PBSMM sedia hadapi banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 22/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6295

ALOR SETAR 22 Nov. - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang kekuatannya mencecah 31,000 anggota sukarelawan di seluruh negara, sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dalam masa terdekat.

Naib Pengerusi Kebangsaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana PBSMM, Datuk Dr. Bahari Abu Mansor berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,000 anggota sukarela PBSMM terlatih mampu bertindak menghulurkan bantuan dalam tempoh satu jam selepas banjir.

"Kita akan membantu kerajaan menerusi MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan sukarelawan yang mampu bertindak dalam jangka masa 24 jam adalah seramai 29,000,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peralatan persediaan banjir di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kedah, di sini hari ini. - Bernama

 

(Petikan Utusan Malaysia Online 22/11/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,892

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 15
Hari Ini : 805
Tahun ini : 310594
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).