Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,439

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 23/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6994

KUALA TERENGGANU 23 Nov. — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu meningkat pagi ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 1,439 orang berbanding 373 orang semalam.

Katanya, daerah Setiu agak teruk apabila seramai 671 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terenggaanu 208 orang.

Jurucakap itu berkata, dalam tempoh yang sama juga 21 pusat pemindahan telah dibuka iaitu tujuh di Setiu, sembilan di Besut dan lima di Hulu Terengganu yang melibatkan balai raya, dewan serbaguna, masjid dan sekolah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan, paras air di beberapa sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya pagi ini.

Di Besut, paras air di Kampung La mencecah 19.54 meter berbanding paras bahaya 19.20 meter dan di Jambatan Jertih pula bacaannya ialah 8.73 meter, melebihi paras amaran 8.10 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit di sini mencatat bacaan 13.56 meter (bahaya 12 meter) dan di Kampung Langkap, Setiu 21.95 meter (bahaya 21.50 meter).

Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. —Bernama

(Petikan Utusan Malaysia Online 23/11/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,860

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 71
Tahun ini : 117562
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).