Air pasang burukkan banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 25/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7205

JASIN 24 Nov. – Dua lagi kampung di Sungai Rambai dijangka dilanda banjir besar esok ekoran pertembungan air dari hulu yang masuk ke Sungai Kesang dengan air pasang besar dari Selat Melaka.

Dua kampung itu adalah Kampung Janda Berhias dan Kampung Lanchang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, keadaan dijangka menjadi buruk jika hujan yang berhenti sejak dua hari lalu di daerah ini akan melanda kawasan itu semula.

“Kira-kira 28 keluarga yang menghuni kedua-dua kampung diarahkan bersiap sedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu jika berlaku banjir,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, pertembungan air pasang dan air dari hulu masuk ke Sungai Kesang menyebabkan berlakunya limpahan air yang akan melanda Kampung Janda Berhias dan Kampung Lanchang kerana terletak di kawasan penampan banjir.

Menurutnya, lima keluarga masih berada di pusat pemindahan di SK Parit Penghulu kerana air banjir yang melanda rumah mereka belum surut walaupun hujan berhenti sejak dua hari lalu.

Hasan berkata, seluruh kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin, polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi banjir itu.

(Petikan Utusan Malaysia Online 25/11/2011)


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,901

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 9
Hari Ini : 112
Tahun ini : 117603
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).