Amaran cuaca tidak menentu di empat negeri

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 30/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6559

KUALA LUMPUR 30 Nov. — Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Pahang dan Johor dijangka berlaku mulai esok sehingga Sabtu ini dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata, hujan sedemikian di Pahang dijangka berlaku di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Condore akan berterusan sehingga 13 Disember ini.

Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Sementara itu, keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga 13 Disember. Menurutnya angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan semua aktiviti laut. — Bernama

(Petikan Utusan Malaysia Online 30/11/2011)

 


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,733

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 30
Hari Ini : 646
Tahun ini : 310435
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).