Keadaan di Kelantan pulih

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 30/11/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6798

KOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan semakin pulih apabila hanya empat pusat pemindahan masih dibuka membabitkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat, berbanding lapan kelmarin.

Sehingga jam 7 malam semalam, jumlah mangsa banjir di dua jajahan itu ialah 221 orang dengan 50 keluarga, berbanding 1,309 dari 373 keluarga, kelmarin.

Menurut portal rasmi eBanjir, jajahan Tumpat mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 175 orang membabitkan 40 keluarga di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.

Mangsa terbabit ialah dari Kampung Atas Kok, Kampung Simpangan, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Pulau Ular.

Di Rantau Panjang, jumlah mangsa ialah 46 membabitkan 10 keluarga di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong dan SK Gelang Emas.

Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatat paras air melebihi bahaya iaitu 9.77 meter (bahaya sembilan meter) dan tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Jenob, di Rantau Panjang 21.87 meter (berjaga-jaga 21.50 meter); Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, 12.23 meter (berjaga-jaga 12 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, 20.11 meter (berjaga-jaga 20 meter).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abu Bakar Mohd Yusof, berkata Kelantan kemungkinan berdepan banjir gelombang kedua pada bila-bila masa berikutan taburan hujan yang dicatatkan adalah tinggi.
"Sekiranya di kawasan hulu Kelantan menerima taburan yang tinggi dan paras air sungai terus meningkat disertai angin kencang, tidak mustahil banjir akan melanda sekali lagi," katanya.

Dalam pada itu, Terengganu yang turut dilanda banjir bagaimanapun sudah pulih sepenuhnya dengan kesemua pusat pemindahan banjir di negeri itu sudah ditutup.

(Petikan Berita Harian Online 30/11/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,755

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 24
Hari Ini : 668
Tahun ini : 310457
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).