Terengganu sedia hadapi banjir gelombang kedua

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6514

KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Penduduk di negeri ini harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi memastikan sekiranya banjir berlaku sekali lagi, ia dapat dihadapi tanpa berlaku kehilangan nyawa.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, pihak berkaitan terutama petugas keselamatan juga perlu bersiap siaga bagi memastikan kerja-kerja menyelamat dan penempatan mangsa banjir dapat dikendalikan dengan cekap dan berkesan.

"Kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan tidak boleh ambil mudah kerana ia sering berlaku sebelum ini.

"Justeru, saya berharap penduduk tidak terlalu leka dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari bilik gerakan," katanya selepas melepaskan peserta Cabaran Rainforest 2011 di Pulau Warisan dekat sini hari ini.

Mazlan memuji persiapan yang dilakukan oleh petugas keselamatan di semua daerah ketika menghadapi banjir yang melanda negeri itu bulan lalu.

Jelasnya, persiapan yang dilaksanakan cukup proaktif apabila kesemua mangsa banjir selamat dan berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan terdekat.

Justeru katanya, jika negeri dilanda banjir gelombang kedua, beliau meminta penduduk terus memberi kerjasama seperti itu.

"Kita berharap gelombang kedua tidak berlaku, namun jika berlaku saya minta penduduk berpindah dengan segera kerana lazimnya banjir gelombang kedua lebih buruk," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan peruntukan kira-kira RM1 juta untuk bantuan mangsa banjir masih ada dan akan digunakan jika banjir kali kedua melanda.

Banjir yang melanda Terengganu pada 21 November lalu menyebabkan kira-kira 2,560 mangsa daripada 674 keluarga dipindahkan ke 43 pusat pemindahan di seluruh negeri.

(Petikan Utusan Malaysia Online 05/12/2011)


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,689

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 18
Hari Ini : 602
Tahun ini : 310391
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).