Banjir: JPAM sedia 23,817 anggota

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 3964

PUTRAJAYA 4 Dis. - Seramai 23,817 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersedia untuk digerakkan bagi membantu penduduk di Labuan, Sabah dan Sarawak yang dijangka menghadapi situasi banjir bermula bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling berkata, seramai 750 anggota akan digerakkan serta-merta dalam tempoh tiga jam sahaja manakala bakinya yang terdiri daripada sukarelawan pula akan dipanggil membantu tugas susulan.

"Jabatan Meteorologi menjangkakan kenaikan paras hujan di semua lokasi berkenaan bakal meningkat antara 20 hingga 40 peratus melebihi purata bermula Disember ini hingga Mac tahun depan.

"Pada Januari dan Februari tahun depan pula paras hujan dijangka meningkat melebihi 40 peratus di wilayah Kudat dan Pantai Barat Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebanyak 1,074 pusat pemindahan bagi menempatkan seramai 411,974 mangsa banjir sedang dipantau bagi tujuan persediaan.

"JPAM Sabah dan Sarawak mempunyai kemudahan logistik iaitu 46 bot, 15 lori lima tan dan 17 kenderaan pacuan empat roda yang akan digunakan untuk membantu memindahkan mangsa banjir tersebut," katanya.

(Petikan Utusan Malaysia Online 05/12/2011)


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,941

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 520
Tahun ini : 313643
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).