Hujan lebat punca pokok tumbang

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6658

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang petang ini mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan ada di antaranya menghempap kenderaan.

Kejadian pokok tumbang yang berlaku di Titiwangsa petang ini menyebabkan laluan utama di Jalan Tun Razak menghala ke Seremban sesak teruk kerana kenderaan tidak dapat bergerak setelah jalan ditutup.

Kesesakan mula berlaku pukul 6 petang apabila terdapat sebatang pokok tumbang berdekatan simpang ke Istana Budaya menyebabkan laluan terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pemotongan.

Bagaimanapun, laluan kembali pulih kira-kira pukul 8 malam ini apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Bomba dan Penyelamat membersihkan pokok yang tumbang itu.

Selain di Titiwangsa, sebanyak tujuh kejadian pokok tumbang berlaku di sekitar ibu negara dengan lebih 10 laporan kecemasan diterima Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Menurut Penolong Pengarahnya, Azizan Ismail, tujuh kawasan itu adalah Kepong, Wangsa Maju, Jelatek, Kampung Baru, Mont Kiara, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan Jalan Tun Razak.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima kejadian pokok tumbang hanya berlaku di kawasan-kawasan tersebut sahaja.

"Sebagai contoh, di Kepong terdapat empat laporan pokok tumbang diterima, dan masing-masing dua laporan di Wangsa Maju, Kampung Baru dan TTDI," katanya ketika dihubungi malam ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan sekitar di Jalan Tun Razak dan Kepong masing-masing sesak akibat pokok yang menghalang lalu lintas kenderaan.

Sebanyak dua buah kenderaan dikesan dihempap pokok selain papan tanda iklan tumbang di atas jalan raya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan mengenai kejadian ini.

Sementara itu, di Selangor, sebanyak enam laporan pokok tumbang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang melibatkan Batu Caves, Sungai Buloh, Ampang dan Gombak.

(Petikan Utusan malaysia Online 05/12/2011)


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,810

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 31
Hari Ini : 723
Tahun ini : 310512
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).