Banjir pulih, pusat pemindahan ditutup

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7355

IPOH 4 Dis. - Banjir yang melanda daerah Kerian pulih sepenuhnya hari ini dan pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah telah ditutup.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, semua 156 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir itu sejak Rabu dan Khamis lalu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2 petang ini.

"Walaupun pusat pemindahan banjir telah ditutup, pusat kawalan operasi banjir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian masih dibuka untuk membantu dan menerima laporan jika banjir berulang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lepas seramai 74 mangsa banjir dari Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis dan Ban Abu Hassan di Kerian dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas air naik sedalam dua meter akibat hujan lebat setiap hari.

(Petikan utusan Malaysia Online 05/12/2011)


Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,362

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 24
Hari Ini : 275
Tahun ini : 310065
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).