Tebang pokok tua, berpenyakit

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 06/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 8040

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin meminta pokok-pokok yang sudah tua dan berpenyakit ditebang bagi mengelak kejadian pokok tumbang.

Menurutnya, saranan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah demi menjamin keselamatan orang ramai dan juga mengelak daripada berlaku gangguan lalu-lintas.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek pembinaan Menara Bangkok Bank di sini hari ini.

Raja Nong Chik turut memuji langkah awal yang diambil oleh DBKL bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir kilat.

Sementara itu, DBKL menerima 61 aduan mengenai kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang semalam dengan dua kejadian menyebabkan kerosakan harta benda iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek apabila pokok hujan-hujan menghempap dua buah kereta dan tiga buah motosikal.

Satu lagi kejadian melibatkan pokok yang telah menghempap premis milik DBKL iaitu bangunan kantin gelanggang tenis di Jalan Tembeling, Taman Tasik Titiwangsa dan menyebabkan kerosakan kecil.

DBKL memaklumkan, kejadian pokok tumbang itu berlaku di Kepong dan Batu sebanyak 24 lokasi, Bukit Bintang (14), Setiawangsa/Wangsa Maju dan Titiwangsa (13), Segambut (5), Cheras (3) serta Lembah Pantai (1) dan Bandar Tun Razak (1).

Pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Jalan Tun Razak dan Jalan Maran.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada warga kota yang proaktif dalam memberikan maklumat mengenai kejadian itu.

Menurutnya, kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok tumbang melibatkan lebih 75 anggota pihak berkuasa tempatan itu bersama pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam dan bomba.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 06/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,957

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 168
Tahun ini : 117659
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).