Terengganu, Kelantan risiko banjir hujung minggu ini

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 15484

KUALA LUMPUR: Kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan berisiko mengalami banjir hujung minggu ini berikutan hujan lebat yang dijangka turun Jumaat hingga Sabtu ini.

Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas manakala di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan laut bergelora kategori ketiga dengan ombak setinggi 5.5 meter bagi kawasan perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang.

Keadaan itu yang di jangka berterusan hingga hari ini dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter juga dikeluarkan bagi perairan Kelantan, Terengganu, Labuan dan dan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat di Sabah serta di Samui, dan Palawan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, katanya. - BERNAMA

(Petikan Berita Harian online -7/12/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,756

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 25
Hari Ini : 669
Tahun ini : 310458
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).