Banjir mula landa Sri Aman, Betong

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7215

KUCHING 6 Dis. – Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu di negeri ini menyebabkan beberapa bahagian terutamanya di Sri Aman dan Betong dinaiki air.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Sri Aman berkata, banjir yang melanda bahagian itu sejak Sabtu lalu tidak banyak berubah apabila beberapa kawasan terutama di Pangkalan Pantu masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter.

“Meskipun cuaca hari ini semakin baik, seramai 125 mangsa banjir dari Pangkalan Pantu masih ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Pantu yang mula beroperasi sejak empat hari lalu,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu di Betong, beberapa kampung di Maludam mula ditenggelami air sedalam kira-kira 0.2 meter manakala paras air sungai yang mula naik menyebabkan jalan ke kawasan berkenaan terputus.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Betong berkata, kawasan terbabit adalah Kampung Tanjung Baru, Kampung Sungai Daun dan Kampung Sungai Mulon.

“Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang membuat lawatan ke situ Ahad lalu untuk menyalurkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung terbabit.

“Buat masa ini, masih belum ada keluarga yang diarah berpindah ke pusat pemindahan, namun mereka dinasihatkan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah,” katanya.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 07/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,705,861

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 72
Hari Ini : 5039
Tahun ini : 324563
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).