Banjir musnahkan benih padi

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 08/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7272

AYER HITAM: Kira-kira 75 pesawah sekitar Parit Sagil di sini, kerugian lebih RM200,000 selepas hampir keseluruhan 45 hektar kawasan sawah yang sudah selesai ditabur benih dan mulai tumbuh, musnah akibat dilanda banjir sejak awal Oktober lalu.

Keadaan cuaca dengan hujan lebat tidak menentu ketika ini yang dijangka berlarutan hingga hujung tahun, pula dikhuatiri menyebabkan kitaran kerja penanaman padi kawasan sawah berkenaan terjejas dan hanya dapat diusahakan semula, menjelang Januari tahun depan.

Banjir sedalam 0.5 meter yang menenggelami hampir keseluruhan kawasan sawah kampung itu sejak lebih sebulan lalu menyebabkan penyemaian yang baru dilakukan pesawah musnah dan kini perlu menunggu bekalan benih serta masa sesuai, untuk menyambung semula kerja penanaman padi.

Pesawah, Sahir Roslan, berkata pesawah sudah menyelesaikan kerja penyediaan sawah masing-masing dengan sebahagian daripada mereka sudah menabur benih, tetapi hujan lebat menyebabkan ia ditenggelami banjir.

Ada yang sudah menabur benih awal sejurus sawah disiapkan. Saya pula merancang menabur mulai pertengahan Oktober lalu, tetapi banjir yang melanda sejak 3 Oktober menyebabkan keseluruhan sawah di sini tenggelam hingga kini menjejaskan kerja penanaman padi.

Keadaan bertambah buruk, apabila banjir yang melanda kampung kami kali ini dikategori sebagai banjir termenung apabila airnya tidak mengalir atau surut dalam tempoh lama. Situasi tidak diduga sama sekali itu, menyebabkan benih baru disemai, musnah, katanya.

Sahir berkata, banjir itu memusnahkan anak padi berusia hampir sebulan yang sudah disemai pesawah dan kini mereka terpaksa menunggu bekalan benih daripada Pejabat Pertanian bagi menyambung semula kerja penanaman padi di sawah sedia ada.
Katanya, secara purata nilai kerugian dialami pesawah bagi setiap hektar sawah ditanam dengan benih padi MR24 yang mula mengeluarkan hasil kira-kira 100 hari selepas mula ditanam itu adalah RM4,500 dan jumlah kerugian bergantung kepada keluasan sawah dimiliki seseorang.

Walaupun banjir sudah surut, katanya, sebahagian besar pesawah belum dapat mengusahakan bendang masing-masing kerana bimbang akan berlaku banjir gelombang kedua yang memusnahkan tanaman, sekali gus menjadikan usaha mereka sia-sia.

Sebahagian besar pesawah masih belum mengusahakan bendang mereka, kerana bimbang akan berlaku gelombang kedua banjir, sekali gus menjadikan pemulihan

(Petikan Berita Harian Online - 08/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,801,173

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 256
Tahun ini : 48073
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).