Elak 8 banjir besar limpahi KL

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 08/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 10063

KUALA LUMPUR: Terowong SMART yang mempunyai peranan dwi fungsi dengan matlamat utamanya mengurangkan banjir, berjaya menyelamatkan ibu negara daripada lapan banjir besar sejak beroperasi pada Julai 2007.
Ketua Pegawai Operasi Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), Mohd Fuad Kamal Ariffin, berkata terowong sepanjang 9.7 kilometer (km) itu berjaya mengalih arah air Sungai Klang dan Sungai Ampang serta mengelaknya memasuki pusat bandar dan menyelamatkan daerah pusat komersial seperti Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak daripada dinaiki air.

Terowong SMART, iaitu satu-satunya terowong di dunia dengan peranan dwi fungsi, mempunyai empat mod operasi yang ditentukan berdasarkan kandungan aliran air di kolam takungan yang terletak di Kampung Berembang.

Pada mod biasa iaitu ketika cuaca cerah, SMART akan berperanan mengurangkan kesesakan jalan raya, bagaimanapun apabila hujan lebat dan air pada tahap melebihi 70 meter padu sesaat, modnya bertukar secara automatik.

Pada tahap Prolonged Major Storm iaitu apabila aliran air melebihi 150 meter padu sesaat, SMART akan beroperasi pada mod keempat, yang menyaksikan ia ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bagi membolehkannya dilalui air, katanya kepada Sentral di sini, semalam.

Mohd Fuad berkata, SMART yang menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa melalui Anugerah Habitat Scroll of Honour Award 2011 daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah membuktikan keberkesanannya menyelesaikan masalah banjir dan lalu lintas di ibu kota.

Berikutan itu, beliau mencadangkan terowong SMART yang dibina syarikat tempatan, MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd (MMC-Gamuda JV) seharusnya dibina di kawasan lain di Semenanjung Malaysia, bagi mengatasi masalah banjir.
Keberkesanan SMART sudah diakui, bagaimanapun sesetengah pengguna mungkin belum sedia maklum yang kami hanya beroperasi bagi mengurangkan banjir di ibu kota membabitkan laluan air di Sungai Ampang dan Sungai Klang.

Kami juga berharap pengguna jalan raya akan memahami situasi SMART apabila terowong terpaksa ditutup bagi mengelak banjir besar berlaku di ibu kota (ketika mod keempat), lagi pun itu adalah objektif utama pembinaan terowong itu, katanya.

Mohd Fuad berkata, SMART juga menanggung kerugian sehingga RM1 juta setiap kali terowong ditutup apabila komponen dalamannya rosak akibat dilalui air yang banyak setiap kali banjir, seperti berlaku pada Mei lalu, katanya

(Petikan Berita Harian Online - 08/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,705,700

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 56
Hari Ini : 4878
Tahun ini : 324402
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).