Gelombang kedua banjir di Kelantan, Terengganu

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 09/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 14364

BACHOK: Penduduk Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu perlu bersedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka melanda negeri berkenaan pertengahan bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata banjir gelombang kedua dijangka berlaku dari 11 hingga 14 Disember dan antara 25 hingga 28 Disember.

Katanya, mengikut ramalan Jabatan Meteorologi, dalam tempoh berkenaan, dijangka berlaku air pasang berserta hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

"Kerajaan mengingatkan orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan mudah dilanda banjir bersiap sedia berhadapan gelombang kedua ini. Ibu bapa diharap mengawasi keselamatan anak mereka kerana Kelantan saja mencatatkan enam kematian ketika banjir dari 22 hingga 30 November lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan bantuan bencana banjir 2011 untuk jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Badol, dekat sini, semalam. Seramai 127 keluarga mangsa banjir menerima wang ihsan banjir yang keseluruhannya bernilai RM63,500 dengan setiap keluarga menerima RM500.

Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagi mengelak keciciran menerima bantuan banjir, kerajaan mulai tahun ini hanya memberikan kepada mereka yang berpindah dan berdaftar dengan pusat pemindahan di kawasan masing-masing.
Katanya, dulu berlaku keciciran disebabkan ada mangsa tidak berpindah, menyebabkan sukar untuk membuat tafsiran sama ada mereka memang mangsa banjir atau tidak.

Beliau juga berkata, mangsa banjir gelombang kedua nanti tidak akan diberikan wang ihsan, namun kerajaan memberi jaminan kemudahan bantuan biasa tetap diberikan setiap kali banjir melanda.

(Petikan Berita Harian online -09/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,705,890

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 81
Hari Ini : 5068
Tahun ini : 324592
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).